Kelebihan-kelebihan OPTIMAX
Di sini terdapat beberapa sebab kenapa semua perlu mempercayai kami:
- Berpengalaman selama 29 tahun
Kami memulakan pengkhususan dalam pembedahan laser mata sejak tahun 1995. 29 tahun merupakan tempoh yang lama untuk melakukan sesuatu yang berfokus dan spesifik. Kami mempunyai masa yang lebih dari cukup untuk praktis dan menyempurnakan proses tersebut. - Jaringan dan system sokongan yang kuat
Dengan jaringan besar yang meliputi kebanyakan bandar di Malaysia, kami akan memastikan supaya masyarakat dapat berhubung dengan pihak kami semudahnya.
Adakah pembedahan anda di Shah Alam tetapi mahu melakukan pemeriksaan sementara bercuti di Pulau Pinang? Tiada masalah, hanya singgah di hospital tersohor Optimax di Pulau Pinang.
Adakah pembedahan anda di Optimax Kuching tetapi anda akan bekerja di Singapura? Jangan risau, anda masih boleh berhubung dengan OPTIMAX Johor Bahru. - Mempunyai kadar rawatan yang meluas dalam satu bumbung
Jika anda sedang mencari penyelesaian untuk menghapuskan pemakaian cermin mata. Anda sebut, pasti kami ada – ASA, LASIK, SMILE, ICL, RLE, Ortho-K, RGP. - Teknologi yang terbukti
Kesemua jenis rawatan dan teknologi yang terdapat di Optimax Malaysia (contoh: Relex SMILE, Femto-LASIK) adalah sama seperti yang digunakan oleh pusat laser mata serata dunia. Anda tidak perlu lagi untuk menjelajahi ke serata dunia, apabila mesin dan teknologi yang sama terdapat di Optimax Malaysia. - Pengiktirafan penghargaan berkelas dunia
Pengiktirafan ISO yang kami bawa adalah juga sama dengan pusat laser mata seluruh dunia. Di Malaysia, ia bukanlah mudah untuk mencari pusat pakar mata yang menawarkan perkhidmatan setaraf dunia dan kini anda telah menjumpainya iaitu pusat pakar mata OPTIMAX. - Keputusan rawatan yang diaudit sentiasa
Kami mempunyai juruaudit dalaman yang sentiasa memastikan penilaian objektif rawatan yang menghala kearah pengalaman penjagaan mata yang terbaik.