RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /
PRESBYOND® Laser Blended Vision
PRESBYOND Laser Blended Vision adalah penyelesaian rawatan yang canggih dan efektif untuk presbiopia, iaitu kehilangan akomodasi yang berkaitan dengan usia yang menyebabkan kesukaran membaca. Penyelesaian LASIK ini menyediakan penglihatan yang baik pada semua jarak—jauh, dekat dan jarak pertengahan (seperti jarak menggunakan komputer, memasak, atau melihat instrument kereta semasa memandu) lalu memberikan kebebasan kepada individu dari kacamata dan kanta lekap.
Prosedur
- Dalam kaedah Femto-LASIK, Laser Femtosecond digunakan untuk membuat bukaan (flap) pada bahagian kornea.
- Bukaan tersebut akan diangkat dengan lembut ke atas bagi mendedahkan lapisan kornea.
- Laser Excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk dalaman kornea sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
- Setelah dirawat dengan Laser Excimer, bukaan tersebut diletakkan semula ke tempat asal secara perlahan.
STEP 1: Corneal flap created by Femtosecond laser
STEP 2: Customised laser used to correct existing eye power
STEP 3: Corneal flap replaced back to original position
Ciri-ciri PRESBYOND®
Keistimewaan PRESBYOND® terletak pada pengoptimuman berasingan untuk penglihatan jauh dan dekat pada kedua-dua mata, lalu meluaskan lingkup fokus pada kedua-dua mata. Integrasi ini membolehkan pesakit mencapai penglihatan yang baik pada jarak dekat, pertengahan, dan jauh tanpa perlu memakai kaca mata.
Kelebihan
- Selamat
- Tanpa bilah
- Prosedur yang tanpa rasa sakit dan cepat
- Dibuat khas
- Masa prosedur yang lebih singkat
- Pemulihan yang cepat
- Ketepatan yang lebih tinggi
- Mudah untuk diadaptasi
Disyorkan kepada:
- Berumur lebih dari 40 tahun dan mula menghadapi kesukaran membaca, sambil juga ingin membetulkan rabun jauh dan astigmatisme.
- Yang ingin alternatif lain selain kaedah koreksi monovision yang konvensional.
DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!
Hubungi Kami Hari Ini!
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.
Tertakluk kepada terma & syarat.
BORANG PENDAFTARAN
* perlu diisikan.