OPTIMAX - Pusat Pakar Mata

Ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan – manusia yang amat bergantung kepada kaca mata atau kanta lekap untuk meneruskan kehidupan kini mempunyai pilihan untuk melihat dunia tanpa sebarang bantuan kaca mata ataupun kanta lekap. Pembetulan penglihatan secara laser bukan sahaja kaedah pembedahan yang baru dalam pasaran malah Ia akan menjadi peluang kedua untuk memulakan kehidupan baru kepada semua.

Pada 29 tahun yang lalu, Pusat Pakar Mata OPTIMAX telah dinobatkan sebagai pusat pakar mata yang paling bereputasi dengan bilangan klien yang ramai, OPTIMAX memperluaskan bidang perkhidmatan termasuklah rawatan katarak, glaucoma, mata kering dan sebagainya.

Klien, terdiri daripada pesakit tempatan mahupun antarabangsa – Malaysia, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand, Australia, China, Hong Kong, Japan yang sanggup memilih untuk bersama-sama dengan kami. Ia membuktikan bahawasanya reputasi kecemerlangan kami dalam segenap aspek sebagai pusat pakar mata yang terbaik.

Berkembang dari permulaan yang sederhana

lasik kl

Cerita kami bermula di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), KL pada tahun 1995. Pada permulaannya, kami berhasrat untuk membuat sesuatu yang istimewa isitu sesuatu yand dapat mengubah kehidupan manusia dan menetapkan nilai kemanusiaan sepanjang hidup.

Sebagai pelopor rawatan laser pembetulan penglihatan, OPTIMAX telah menggunakan teknologi yang canggih dan tidak pernah didengari sebelumnya sepertimana kami menggunakan teknik laser dalam membetulkan penglihatan orang di serata kawasan secara meluas.

Perkembangan Pembedahan Refraktif Secara Laser

Teknologi pembedahan refraktif secara Laser telah berubah secara mendadak sepanjang berpuluh tahum di OPTIMAX dan Malaysia.

Buat pertama kali kami bermula pada 29 tahun yang lalu, kami menggunakan prosedur yang dinamakan Advanced Surface Ablation (ASA) juga dikenali dengan nama Photorefractive Keratectomy (PRK). Prosedur seperti ini mengambil tempoh masa yang agak lama untuk proses pemulihan.

Teknologi telah berkembang maju kepada prosedur pembetulan refraktif secara laser dengan membuat penutup (LASIK) di mana ia memberikan keputusan penglihatan yang sama seperti ASA/PRK tapi pada masa yang sama ia mengambil tempoh yang agak singkat dalam proses pemulihan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan kepada pesakit (daripada tempoh berminggu-minggu dengan ASA/PRK kepada beberapa hari dengan LASIK). Penutup telah dibuat menggunakan mikrokeratom berautomatik dan juga dikenali sebagai pemotong bilah.

Seiring dengan kemajuan teknologi yang lebih jauh, perubahan kaedah pembuatan penutup kepada Laser Femtosecond digunakan untuk membuat penutup. Kaedah iini telah membolehkan kami untuk membuat penutup yang lebih terperinci, tepat dan selamat berbanding dengan menggunakan mikrokeratome (Bilah LASIK)
Sepanjang tahun, peubahan dalam teknoogi laser telah membuahkan hasil keputusan yang lebih bagus dan sepertimana yang dijangka selepas pembedahan pembetulan refraktif mata.

Sekarang, perkembangan teknoologi laser yang terkini datang dalam bentuk prosedur Relex SMILE, dimana tidak memerlukan untuk membuat penutup pada kornea lagi. Prosedur ini telah membuahkan hasil yang terbaik iaitu mengurangkan komplikasi malah memberikan keselesaan yang lebih bagus selepas pembedahan dan dalam pada masa yang sama masih mengekalkan semua faedah bagi sebarang kaedah pembetulan refraktif mata.

LIHAT RAWATAN KAMI

Keutamaan kepada Masyarakat

Sepanjang tahun, kami mengigatkan diri sendiri kepada permulaaan yang rendah hati dan mengakui bahawasanya tanpa sokongan daripada masyarakat, kami tidak akan berdiri seperti di peringkat hari ini.

Ya – kami merupakan syarikat swasta tetapi bagi menjaga keperluan keuntungan dalam usaha untuk mengekalkan bakat dan pelaburan teknologi di OPTIMAX, kami juga tidak melupakan tanggungjawab social kami sebagai pembekal perkhidmatan perubatan.

Selama beberapa tahun, OPTIMAX berganding bahu bersama-sama dengan syarikat korporat dan organisasi terpilih telah menyumbang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya memberi sumbangan dalam pembedahan katarak, saringan kesihatan mata dan juga pendidikan kesihatan mata secara percuma kepada masyarakat.