PENGLIHATAN KANAK-KANAK & PENJAGAAN MATA /
Pakar Amblyopia Di Malaysia
Amblyopia kebiasaannya dikenali sebagai mata malas. Ia terjadi apabila mata yang terkena gagal mengembangkan penglihatan yang normal semasa kecil. Amblyopia boleh dirawat seawal mungkin, antara berumur 4 hingga 6 tahun. Pemeriksaan mata kanak-kanak pra sekolah secara komprehensif akan membantu pengesanan awal dan memastikan kejayaan rawatan.
Punca Umum Mata Malas:
Amblyopia selalu akan berlaku apabila satu mata nampak kabur manakala satu lagi mata Nampak secara normal tetapi otak hanya akan memproses pandangan normal. Berikut merupakan beberapa penyebab umum Amblyopia:
- Ralat refraktif yang tidak diperbetulkan (rabun jauh, astigmatisme, rabun dekat)
- Perbezaan besar dalam ralat refraktif antara kedua-dua mata
- Strabismus (juling)
- Halangan penglihatan oleh kelopak mata yang lemah, katarak dan lain-lain
Rawatan Mata Malas
Di Optimax, Kami mengesyorkan agar setiap ibu bapa menyuruh anak-anak mereka untuk menjalani saringan mata malas bagi memastikan penglihatan mereka tidak terjeas di kemudian hari. Amblyopia boleh dirawat dalam pelbagai cara:
- Memberikan penglihatan yang baik (memakai cermin mata dan merawat semua halangan peglihatan)
- Terapi oklusi. Terapi ini dilakukan dengan menutup mata yang berpenglihatan baik dan memaksa mata yang terkena untuk medapatkan penglihatan yang lebih terang.
Kanak-kanak harus dipantau secara berkala setelah memulakan terapi, sebagaimana penglihatan akan membaikpulih dalam masa berminggu hingga bertahun.
BUAT TEMUJANJI
Hubungi kami hari ini
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
HUBUNGI KAMI