PENGURUSAN PENYAKIT MATA & KEADAAN OKULAR LAIN /

Pakar Glaukoma di Malaysia

Merupakan keadaan mata yang rosak terutamanya di bahagian saraf tunjang optik (yang menghubungkan mata dengan otak) dan ia menjerumus kepada kehilangan penglihatan atau buta. Selalunya glaucoma ini tidak mempunyai apa-apa tanda. Mereka yang mempunyai penyakit ini tidak merasai kesakitan tapi pada masa yang sama terdapat perubahan yang memburuk di bahagian retina mata secara senyap. Malah mereka yang mendera penyakit ini akan kehilangan penglihatan tanpa disedari.

Glaucoma

Rj. Saraf optik yang sihat (Kiri) vs Saraf optik yang dijangkiti (kanan)

Punca Glaukoma

Keadaan yang bercirikan dengan kehilangan penglihatan secara berperingkat disebabkan oleh kerosakan pada saraf optik. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu:

  • Glaukoma sudut terbuka
  • Glaukoma sudut tertutup

Penyebab

Peningkatan tekanan dalaman mata disebabkan oleh pelbagai sebab.

Tanda dan gejala

Glaukoma sudut terbuka
Tidak mempunyai apa-apa tanda

Glaukoma sudut tertutup
Mengalami muntah, mata berasa sakit dan merah, silau


Muat Turun Risalah (PDF)

RAWATAN GLAUKOMA

Rawatan Glaukoma

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat titis mata yang hanya ditetapkan oleh doctor setelah mendapat konsultasi dan melalui pembedahan. Rawatan seperti ini bertujuan untuk mengawal keadaan serta mengurangkan kerosakan yang mendatang. Pengecaman pada peringkat awal sangat penting kerana kerosakan pada bahagian dalaman mata tidak boleh dirawat semula. 

  • Pelbagai jenis ubat titis mata yang ditetapkan oleh doctor bertauliah
  • Lasers
  • Rawatan pembedahan 
  • iStent (baru)

BUAT TEMUJANJI

Hubungi kami hari ini

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

HUBUNGI KAMI