PENGURUSAN PENYAKIT MATA & KEADAAN OKULAR LAIN /
Pakar Mata Kering di Malaysia
Mata kering merupakan fenomena biasa apabila seseorang itu tidak mempunyai kuantiti air mata yang secukupnya dalam melembapkan mata.
Punca Mata Kering
Mata kering terjadi kerana kekurangan penghasilan air mata yang secukupnya, atau air mata tersejat terlalu cepat. Mata kering kebiasaannya dialami oleh:
- Pemakai kanta lekap
- Mereka yang bekerja dalam persekitaran berhawa dingin
- Mereka yang menggunakan computer dalam tempoh yang panjang
Tanda-tanda mata kering:
- Mata sakit dan merah
- Mata berasa pedih
- Rasa berpasir
- Kabur penglihatan secara sementara
- Tidak selesa semasa memakai kanta lekap
- Mata berair
Punca Utama:
- Ketidakcukupan air mata
- Keadaan persekitaran yang berangin, kering dan berhabuk
- Berlebihan dalam penggunaan computer dan telefon bimbit
- Faktor umur
- Mempunyai penyakit sistemik yang lain
- Penggunaan sesetengah jenis ubatan (Antihistamin, Pil perancang kehamilan dan lain-lain)
Mata kering selalunya disebabkan oleh Ketidakfungsian Kalenjar Meibomian (MGD) dan Blepharitis.
Rawatan Mata Kering
Rawatan termasuk dengan mengubah cara kerja, penggunaan air mata palsu (ubat titis mata) dan penggunaan titik palam, E-Eye/ IRPL and Blephex.
Langkah-langkah untuk melegakan mata kering
Proper diagnosis is the 1st Step
Tear Lab merupakan alat yang digunakan untuk megukur tahap kekeringan mata. Hanya juian ini dapat mengukur osmolariti air mata dan memberikan penilaian berobjektif mengenai kualiti air mata anda.
BUAT TEMUJANJI
Hubungi kami hari ini
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
HUBUNGI KAMI