RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /
Ablasi Permukaan Lanjutan (ASA)
Kaedah ASA merupakah salah satu alternatif untuk memperbetulkan rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme (silau). Dalam kaedah ASA ini, penciptaan bukaan (flap) tidak diperlukan lagi. Hanya lapisan kornea yang paling atas (epitelium) akan dikeluarkan sebelum menggunakan Laser Excimer. Tempoh pemulihan penglihatan dan lapisan kornea mungkin akan mengambil masa yang lebih lama berbanding kaedah LASIK yang lain tetapi hasilnya tetap sama. SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau).
Prosedur Rawatan ASA
- Dalam kaedah ASA, lapisan kornea yang paling atas (epitelium) akan dikeluarkan secara lembut bagi membenarkan Laser Excimer dikenakan ke atas lapisan dalaman kornea.
- Laser Excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk lapisan dalaman kornea sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
- Setelah menjalani prosedur tersebut, kanta lekap pembalut kemudiannya diletakkan pada lapisan kornea bagi melindungi kawasan yang dirawat.
Prosedur
STEP 1
STEP 2
STEP 3
STEP 4
Kelebihan
- Selamat
- Kurang sakit, cepat dan selesa
- Tanpa bilah
- Tanpa bukaan besar (flap)
- Direka khas mengikut profil pesakit
- Sesuai untuk lapisan kornea yang nipis
- Mengekalkan tisu kornea
- Berkemungkinan merawat kornea yang berparut
Disyorkan kepada:
- Memerlukan alternatif selain Femto-LASIK dan ReLEx SMILE
- Mempunyai lapisan kornea yang nipis
- Mempunyai parut pada lapisan kornea (disebabkan oleh jangkitan mata atau kemalangan sebelum ini)
ASA-S
ASA-S ialah Ablasi Permukaan Lanjutan (ASA) yang menggunakan laser excimer SCHWIND AMARIS 1050RS.
Prosedur
LANGKAH 1: Ukuran SCHWIND Combi Wavefront Analyzer akan diambil sebelum memulakan rawatan.
LANGKAH 2: Lapisan kornea (epitelium) akan dikeluarkan secara lembut.
LANGKAH 3: Lapisan dalaman kornea akan diubah suai bentuk dengan menggunakan laser excimer SCHWIND AMARIS 1050RS sekali gus memperbetulkan ralat refraktif mata.
LANGKAH 4: Kanta lekap pembalut akan diletakkan pada kornea mata bagi membenarkan pertumbuhan epitelium dan akan dikeluarkan dalam masa seminggu.
Kebaikan
SCHWIND AMARIS 1050RS ialah laser yang terpantas dalam pasaran kini dengan menggunakan pelacak mata 7D. Masa rawatan yang sangat pendek yang dibantu oleh pelacak mata dapat memberikan hasil keputusan yang tepat.
Kelebihan (AMARIS 1050RS):
- Laser excimer yang terpantas di dunia – masa penetapan yang pendek, sekali gus masa rawatan jugak pendek.
- Automatic Fluence Level Adjustment (AFLA) – Keseimbangan yyang ideal antara nilai kelancaran tinggi dan rendah yang membawa kepada penghalusan kornea yang optimum.
- Intelligent Thermal Effect Control (ITEC) – Tisu kornea dipanaskan secara minimal semasa rawatan.
- Pelacak mata 7D – Ketepatan rawatan yang baik dan memastikan tahap keselamatan yang terbaik.
- SmartSuft (Hanya rawatan TESA) – membenarkan epitelium dikeluarkan secara tepat dan seragam. Hal ini membuahkan hasil penglihatan yang baik dan tempoh pemulihan yang cepat.
Kelebihan (FemtoLasik-S):
- Rawatan yang selamat bagi mereka yang mempunyai lapisan kornea yang nipis
- Kurang rasa sakit, pantas dan selesa
- Tanpa bilah
- Masa pemulihan yang cepat
- Kualiti penglihatan yang baik
- Boleh dinaiktaraf kepada ASA-PRO*
ASA-PRO* ialah rawatan ASA-S berpandukan gelombang penuh untuk pesakit yang mempunyai kualiti penglihatan awal yang kabur dan penglihatan malam yang teruk. Rawatan berpandukan gelombang penuh ini sangat penting untuk memaksimumkan hasil penglihatan untuk pesakit khusus ini.
* Naiktaraf ini hanya disarankan oleh doktor yang merawat selepas melakukan pemeriksaan mata yang lengkap.
DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!
Hubungi Kami Hari Ini!
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.
Tertakluk kepada terma & syarat.
BORANG PENDAFTARAN
* perlu diisikan.