Pemeriksaan Mata Secara Menyeluruh di Optimax
Di Optimax, pemeriksaan mata secara menyeluruh mempunyai lebih banyak ujian daripada pemeriksaan mata yang selalu anda lakukan. Ia adalah pengalaman yang membuka minda dan mata anda sendiri dan cara yang luar biasa untuk mengetahui lebih banyak mengenai mata anda yang sangat berharga.
Pemeriksaan ini bukan sahaja menentukan kesesuaian rawatan mata malah ia merupakan saringan menyeluruh kesihatan mata – dimana symptom penyakit mata seperti glaukoma, katarak, diabetic retinopati, kerakonus dan mata malas boleh dikenal pasti.
Pemeriksaan Mata Secara Menyeluruh
Pemeriksaan mata dibahagikan kepada 6 bahagian utama, iaitu: Penglihatan, Kornea, Kesihatan Luaran Mata, Fungsi Otot Mata, Kesihatan Dalaman Mata dan Sesi Kaunseling berserta sesi soal jawab. Laporan pemeriksaan mata juga akan disediakan dan diberikan kepada anda secara atas permintaan.
Jenis-jenis ujian saringan yang selalunya akan dilakukan semasa pemeriksaan mata secara menyeluruh termasuklah:
- Amblyopia/penilaian mata malas
- Akuiti penglihatan
- Refraksi – pengukuran ralat refraktif mata
- Ujian penglihatan warna
- Penilaian fungsi otot mata
- Pemeriksaan bahagian luaran mata
- Topografi kornea (pemetaan kornea)
- Penilaian ketebalan kornea
- Penilaian mata kering
- Pengukuran tekanan dalaman mata (tekanan intra-okular)
- Pemeriksaan kanta okular
- Pemeriksaan bahagian dalaman mata (retina)
Ujian tersebut memberikan maklumat yang cukup kepada kami untuk menasihati anda mengenai:
- Keadaan kesihatan mata dan penglihatan
- Kesesuaian rawatan (contoh: ASA, LASIK, SMILE, ICL, RLE, Ortho-k, RGP)
Ujian diagnostik khas
Kadang-kadang, pesakit tertentu memerlukan ujian diagnostik yang lain sebagai tambahan kepada kesemua jenis ujian dalam pemeriksaan mata secara menyeluruh. Antara berikut merupakan ujian diagnostik khas yang perlukan ditambah seperti:
- Ujian Medan Penglihatan (VFT)
- Tomografi Koheren Optik (OCT)
- Angiografi (OCTA) – cawangan Sunway
- Fotografi Fundus (bahagian retina mata)
Lihat sekilas 6 bahagian utama:
Penglihatan
Amblyopia / Penilaian Mata Malas
Kita telah berjumpa dengan orang yang memikirkan mereka membesar dengan keadaan mata malas tetapi dari sisi fakta, mereka tidak mempunyai mata malas.
Risau anak mengalami mata malas? – penilaian ini sangat bermakna untuk anda (jika mereka benar-benar mengalami mata malas, jangan risau, kami ada di sini untuk membantu).
Penilaian penglihatan dan ralat refraktif mata
Ketahui sebenarnya mata anda sebenarnya boleh melihat dan pastikan anda mendapat ukuran ralat refraktif mata yang tepat.
Adakah anda tahu?
Setiap tahun di Optimax, kami didatangi oleh ratusan kanak-kanak yang memakai cermin mata dan mempunyai ralat refraktif yang terlalu tinggi.
Penilaian Penglihatan Warna Ishihara
Menjadi kesukaan dalam kalangan pesakit, penilaian penglihatan warna ishihara merupakan alatan yang berguna untuk karier dan perancangan pendidikan.
Adakah anda tahu?
Mereka yang mempunyai rabun warna merah-hijau akan mengalami kesukaran dalam memberitahu jikalau daging telah masak kerana kesusahan dalam melihat perbezaan warna merah.
Kornea
Penilaian kornea (kesihatan, pemetaan dan ketebalan)
Semasa penilaian ini, pemeriksaan secar terperinci harus dilakukan dengan menggunakan penggabungan yang hebat antara mikroskop dengan topografi kornea yang canggih (pemetaan).
Adakah anda tahu?
Ukuran di bahagian ini terutamanya mengenaik ketebalan kornea merupakan komposisi yang amat penting dalan menentukan kesesuaian seseorang dalam rawatan LASIK.
Kesihatan Luaran Mata
Dalam bahagian ini, kawasan luaran mata – konjuntiva dan sekelilingnya (kelopak mata, bulu mata) akan diperiksa sebagai tanda pterygium, papillae dan kedaan okular yang lain.
*Pterygium – Pertumbuhan satu lapisan di atas konjuntiva
*Papillae – Reaksi alahan yang disebabkan oleh keadaan persekitaran, fisiologi atau kanta lekap dan ia selalunya terdapat di bahagian bawah kelopak mata
Fungsi Otot Mata
Dalam mengagak pandangan jauh secara tepat dan mengekalkan penglihatan 3D, kedua-dua mata harus bekerjasama sebagai satu pasukan – bergerak lancer pada masa yang sama, menumpu dan mencapah seiring dengan keperluan.
Masalah otot mata akan menyebabkan perkara berikut:
- Penglihatan berganda (sesekali atau sepanjang masa)
- Penampilan perubahan mata secara fizikal (sesekali atau sepanjang masa)
- Kemerosotan keupayaan dalam menilai jarak, kedalaman atau pandangan 3D
- Sakit mata dan mata penat
- Kemerosotan kemampuan membaca dan focus
Sekiranya anda mengalami perkara seperti di atas dan tidak pasti sebabnya – maka bahagian ini mungkin dapat memberikan jawapan kepada soalan anda selama ini.
Kesihatan Dalaman Mata
Bahagian dalaman mata merujuk kepada apa-apa yang berada di dalam bola mata – termasuklah iris, kanta, retina, saraf optic dan komposisi vitreous.
Di dalam mata:
Pengukuran tekanan dalaman mata
Bayangkan mata anda sebagai glob yang dikenakan tekanan. Tekanan yang terlalu tinggi dan daya dalaman dikenakan di dalam mata akan merosakkan saraf optic dan menjerumus kepada perubahan dalam penglihatan.
Adakah anda tahu?
Pengukuran tekanan dalaman mata merupakan komposisi yang paling penting yang diperlukan unutk mendiagnos pesakit glaukoma.
*Glaukoma – penyakit mata di mana saraf optic rosak dan dalam pada masa yang sama akan menyempitkan medan pelihatan seseorang. Glaukoma juga merupakan penyebab kebutaan di serantau dunia.
Penilaian Kanta Mata
Kanta mata berfungsi sebagai kanta pembesar. Ia membenarkan kita untuk focus secara automatic sama seperti kanta kamera yang boleh dilaras. Seiring dengan peningkatan umur, ia akan kehilangan kebolehan melentur dan berubah menjadi keruh sekali gus menganggu kemampuan untuk melihat dengan lebih jelas.
Mengalami kesusahan dalam membaca, atau anda risau akan kehadiran katarak? – Maka, bahagian ini sangat bermakna untuk anda.
Pemeriksaan bahagian belakang mata – retina dan saraf optik
Retina berfungsi sebagai penyambung kepada otak. Ia menukarkan cahaya kepada signal pandangan di mana dihantar oleh saraf optik untuk ditafsirkan oleh otak.
Adakah anda tahu?
Sama seperti tisu otak, tisu retina tidak dapat tumbuh semula. Oleh itu, sebarang kemungkinan kerosakan atau gangguan pada retina mesti diperiksa lebih awal untuk mengelakkan kebutaan kekal.
Sesi Kaunseling berserta Sesi Soal Jawab
Di Optimax, Pemeriksaan mata secara menyeluruh tidak pernah lengkap tanpa sesi kaunseling dan sesi soal jawab dengan anda (dan keluarga anda jika anda berasa lebih selesa dengan kehadiran mereka bersama).
Sesi kauseling akan meliputi seperti yang berikut:
- Huraian keputusan pemeriksaan kesihatan mata anda
- Pengesahan kesesuaian rawatan dan perbincangan mengenai pilihan rawatan yang ditawarkan
- Penjelasan mengenai prosedur rawatan
- Risiko dank kesan sampingan pilihan rawatan anda
- Perkara yang dibenarkan dan dilarang setelah menjalani rawatan
- Harga dan kaedah pembayaran rawatan yang dipilih
- Sebarang pertanyaan yang berkaitan
Sesi kaunseling kami bertujuan untuk memastikan anda faham semua perkara berkaitan mata dan pilihan rawatan. Di Optimax, kami tidak akan pernah menasihati anda untuk menjalani rawatan atau prosedur pembedahan yang anda tidak faham sepenuhnya atau tidak selesa.
BUAT TEMUJANJI
Hubungi kami hari ini
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
HUBUNGI KAMI