SOALAN-SOALAN LAZIM / LASIK

Pesakit luar negara / sering menjelajah ke beberapa tempat

Soalan 1: Apakah jenis dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran? 

Jawapan:
Untuk warganegara Malaysia, sila bawa MYKad atau kad pengenalan diri untuk pendaftaran. Untuk bukan warganegara Malaysia, sila bawa passport anda semasa pendaftaran.

Soalan 2: Bagaimana pula dengan rawatan susulan selepas rawatan? 

Jawapan:
Jadual rawatan susulan selepas rawatan LASIK kebiasaannya pada 1 hari, 1 minggu, 3 bulan dan 6 bulan selepas membuat rawatan LASIK.

Soalan 3: Adakah perlu untuk datang pada setiap temu janji rawatan susulan? Apakah akan terjadi sekiranya saya pulang ke negara asal sebelum melengkapkan temu janji susulan tersebut? 

Jawapan:
Anda dinasihatkan untuk datang pada rawatan susulan hari pertama dan minggu pertama. Jikalau anda tidak dapat menghadirkan diri pada setiap temu janji, anda masih boleh meneruskan rawatan susulan di negara asal anda mengikut tarikh yang disarankan.  

Soalan 4: Berapa lama baru boleh saya pulang ke negara asal/Bagaimana pula jika saya hanya boleh menginap hanya pada hujung minggu ini dan tidak boleh menginap selama seminggu? 

Jawapan:
Jangan risau, kami mempunyai banyak pesakit yang boleh menghadirkan diri untuk rawatan susulan pada hari pertama sahaja dan telah diberikan keizinan untuk pulang ke negara asal (setelah memeriksan keadaan mata semasa rawatan susulan hari pertama).

Pesakit tersebut akan menyambung rawatan susulan minggu pertama di negara asal masing-masing. Walau bagaimanapun, situasi tersebut hanya dibenarkan untuk pesakit yang menjalani rawatan SMILE dan Femto-LASIK sahaja. Jika anda menjalani rawatan ASA, kami menyarankan anda supaya menghadiri rawatan susulan minggu pertama dengan pihak kami.

Soalan 5: Adakah OPTIMAX akan menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan untuk pesakit luar negara? 

Jawapan:
Jika anda kurang biasa dengan kawasan sekeliling, kami akan mencadangkan beberapa tempat penginapan dan menyediakan pengangkutan untuk anda.