SOALAN-SOALAN LAZIM /
Persediaan sebelum LASIK
Soalan 1: Bagaimana untuk mengetahui samaada saya sesuai untuk rawatan LASIK?
Jawapan:
Tidak semua orang merupakan calon yang sesuai untuk pembedahan laser mata. Untuk
memastikan bahawasanya anda sesuai, anda mesti menjalani ujian kesesuaian LASIK atau pemeriksaan secara
menyeluruh di OPTIMAX.
Sesi pemeriksaan mata akan merangkumi sesi kaunseling dimana akan menerangkan
mengenai:
- Kaedah rawatan refraktif yang sesuai dan tidak sesuai untuk anda
- Prosedur rawatan
- Jangkaan keputusan selepas rawatan
- Risiko dan kesan sampingan berdasarkan keadaan mata anda
- Cara penjagaan selepas rawatan
- Harga dan kaedah pembayaran
Soalan 2: Adakah saya harus berhenti daripada memakai kanta lekap sebelum menghadirkan diri untuk pemeriksaan kesesuaian LASIK?
Jawapan:
Ya, amat betul sekali.
- Untuk pemakai kanta lekap lembut, kami sarankan supaya anda berhenti memakai kanta lekap anda selama 1 hingga 2 minggu sebelum hari pemeriksaan mata secara menyeluruh.
- Untuk pemakai kanta lekap separa keras atau kanta lekap RGP, kami sarankan supaya anda berhenti memakai kanta lekap anda sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari pemeriksaan mata secara menyeluruh.
Soalan 3: Adakah saya harus membuat temu janji sebelum menghadirkan diri?
Jawapan:
Ya, penetapan temu janji sebelum melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh
amat disarankan bagi mengelak daripada masa menunggu yang lama atau kecewa (ketidak hadiran optometris atau
pakar bedah).
Soalan 4: Berapa lama masa yang diambil untuk melakukan pemeriksaan LASIK/pemeriksaan mata secara menyeluruh tersebut?
Jawapan:
Kebiasaannya pemeriksaan mata mengambil masa selama 2-3 jam.
Soalan 5: Kenapa pemeriksaan mata secara menyeluruh mengambil masa yang lama?
Jawapan:
Kerana kami mengamalkan dasar TIDAK KOMPROMI apabila ia mengenai keselamatan
anda. Selain itu juga, kami akan memastikan:
- Anda benar-benar sesuai untuk rawatan dan pembedahan yang akan dilakukan pada mata anda dengan selamat dan kurang risiko.
- Anda memahami risiko yang mungkin anda dapat.
Soalan 6: Apakah jenis ujian yang akan dilakukan semasa pemeriksaan mata secara menyeluruh tersebut?
Jawapan:
- Amblyopia/penilaian mata malas
- Akuiti penglihatan
- Refraksi – pengukuran ralat refraktif mata
- Pemeriksaan bahagian luaran mata
- Pemeriksaan kanta okular
- Pemeriksaan bahagian luaran mata
- Pemeriksaan bahagian dalaman mata (retina)
- Topografi kornea (pemetaan kornea)
- Penilaian ketebalan kornea
- Ujian rabun warna
- Penilaian mata kering
Soalan 7: Jika saya sudah membuat pemeriksaan mata di tempat lain, bolehkah saya melakukan rawatan laser tanpa menjalani pemeriksaan mata yang lain di OPTIMAX?
Jawapan:
Tidak boleh. Kami tidak dapat memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan ujian
yang telah dilakukan di tempat lain.
Soalan 8: Jika saya tidak sesuai untuk rawatan LASIK, bagaimana caranya untuk mengurangkan kebergantungan kepada pemakaian cermin mata?
Jawapan:
OPTIMAX ada menawarkan beberapa prosedur refraktif yang lain bagi mereka yang
tidak sesuai dengan rawatan LASIK, temasuklah Implantasi Kanta Dakam Mata (ICL), Penukaran Kanta Refraktif
(RLE), Kanta Lekap Keras (RGP) dan Kanta Ortho-K.
Soalan 9: Saya mula berasa susah untuk melihat objek pada jarak dekat, adakah LASIK dapat menyelesaikan masalah mata saya?
Jawapan:
Masalah permulaan rabun dekat (kesusukaran dalam membaca) boleh dibetulkan dengan
rawatan LASIK. Walaubagaimanapun, OPTIMAX juga ada menawarkan kaedah pembedahan mata yang lain bagi mereka yang
menghadapi masalah membaca tersebut.