SOALAN-SOALAN LAZIM /
Perkara yang patut dan tidak patut dilakukan selepas LASIK
Berapa lama boleh saya untuk menaiki kapal terbang?
Bergantung kepada kaedah rawatan. Bagi kaedah rawatan yang memerlukan proses pemulihan yang cepat seperti
Femto-LASIK dan ReLEx SMILE, anda boleh menaiki kapal terbang pada keesokkan harinya (setelah mendapat keizinan
daripada doktor pada hari rawatan susulan – 1 hari).
Altitud tidak akan mempengaruhi bukaan (flap) mata,
walau bagaimanapun, mata anda akan berasa sedikit kering jika berada di dalam kapal terbang. Hanya gunakan ubat
titis mata dan anda akan selesa.
Bagi kaedah rawatan yang memerlukan proses pemulihan yang lambat
seperti ASA, anda disarankan untuk berada di daratan sekurang-kurangnya seminggu.
Untuk minggu pertama, kami menyarankan anda:
- Tidak menggosok mata anda
- Pastikan peluh tidak masuk ke dalam mata anda
- Jangan menggunakan alat solek di sekeliling mata
- Jangan bersukan lasak
- Elakkan tempat yang berhabuk dan berasap
Untuk bulan pertama, kami menyarankan anda:
- Tidak berenang
- Tidak pergi ke tempat sauna
- Tidak membuat rawatan kecantikkan muka